New Nissan Grand Livina Review and Info

Tuesday, November 19, 2013

Nissan Grand Livina Problem | Masalah Nissan Grand Livina


Setiap kereta mempunyai masalah sendiri. Tapi boleh saya katakan untuk Nissan Grand Livina ini, daripada 30 Pembeli hanya 1 Masalah sahaja yang kami terima. Dan jika membuat carian di Internet juga mendapat tiada banyak masalah dan kebanyakannya adalah kelebihan dan kebaikan sahaja.

ini antara komplen yang sempat saya kumpulkan.

I bought grand Livina WVC7071 – 1.6 at Puchong Utama Carrefour.
The car road tax registered with JPJ on 28th March 2011 but I felt weird that the salesman only delivered the car in the late evening around 8pm of 29th March 2011 & milage speedo meter reading was 126 km.
He asked/forced to sign empty delivery form. (no fill up) even I argued with him. 
The second day after the car delivered, I realized that right side skirting of the car seemed crumple (plastic base material) & forward him complaint & he took for replacement (2 weeks later) & he also asked not to complaint to his boss.
From that day I started noticed that the right side door (front & rear) were't look right & its look waving & started complaint with him & his sale supervisor name Junson. 
They refused until I sent my car for 1000 km service at Glenmarie and they also noticed there was something not right with the car's door. 
Every time I sent for service I always & keep complaining with the service centre.
And the service centre also mentioned that the the car doors has been knocked/accident by the sale represent without informing me & tried to hide something from me.
At last, the same service center advise me to forward complaint to the Nissan Customer Relation. Please solve my problem as I have to pay this car for the next 9 years/loan without any satisfactions.
Buying a car is not a small matter. Salesman suppose to guide customer rather to cheat customer. i felt cheated and so dissapointed.
GL 1.8 saya terasa bergoyang dan melompat-lompat dan amat berbahaya ketika pandu laju...masalah ini telah diajukan kepada nissan servis centre di Cheng Melaka tetapi dia hanya buang angin pada tayar...dan tiada apa pun perubahan...dirujuk kembali dia orang suruh tukar tayar @rim 17 untuk lebih stabil, macam ni kah produk keluaran NISSAN yang mutu nya amatlah rendah sedangkan harganya mahal? Nyawa lebih penting fikirlah... 

Pandu Uji Nissan Grand Livina Impul

Terus-terang diakui bahawa saya bukanlah peminat Nissan Grand Livina. Saya sukar hendak memahami rasional mereka yang membeli kenderaan pelbagai guna (MPV) tersebut. Paling kronik, saya tidak boleh menerima penjenamaannya sebagai kenderaan MPV kerana rekabentuk Grand Livina yang lebih berat kepada wagon. Bukan apa, ruang tempat duduk ketiganya terhad serta akses penumpang yang sukar ditambah dengan ruang bagasi belakang yang hampir tidak wujud. Jika berjalan jauh dengan muatan penuh dan dengan sejumlah bagasi ternyata Grand Livina bukanlah kenderaan yang sesuai. Model yang dibangunkan untuk pasaran negara membangun itu lebih selesa untuk perjalanan jauh jika dinaiki empat penumpang dewasa dan kemudian kerusi baris ketiga dibaringkan untuk bagasi.
Namun begitu, di dalam situasi dunia sekarang ini tidak semua keluarga mempunyai anak ramai. Misalnya seorang rakan saya yang baru sahaja membeli Nissan Grand Livina. Profail keluarga beliau ialah mempunyai seorang anak kecil dan sekarang ini sedang menunggu kehadiran orang baharu. Barisan kereta yang pernah dimilikinya ialah Honda Civic EG (Bullet), Proton Wira VR4, Proton Waja Mivec dan sekarang ini memandu Nissan Skyline R31 (empat pintu) dan Daihatsu Charade Detomaso. Memandangkan Skyline dan Charade lebih kepada kereta berseronok maka Grand Livina dilihat sebagai seleksi yang paling tepat untuk beliau yang mempunyai keluarga kecil. Saya fikir begitu juga rasional ribuan keluarga lain di Malaysia yang memilih Grand Livina hingga menjadikan model itu MPV bukan nasional terlaris di Malaysia pada tahun 2010. Tidak semua mahukan MPV bersaiz penuh yang seperti bas mini tambahan pula memandu Grand Livina tidak berbeza sangat dengan memandu kereta sedan.
Tetapi adakah pemanduan seperti kereta sudah cukup untuk anak muda yang baru berkeluarga? Mungkin tidak dan oleh itu Edaran Tan Chong Motors telah pergi lebih jauh dengan menawarkan Nissan Grand Livina Tuned by Impul. Baru-baru ini saya memandu uji model itu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan lebih manis ianya didatangkan dengan transmisi manual. Sewaktu mula-mula menjamah model dengan enjin 1.6 liter tersebut perkara pertama yang saya cuba ialah kekenyalan klacnya. Untuk memasukkan dan melepaskan gear, klac transmisi manualnya boleh disifatkan sederhana keras dan lebih sesuai untuk dipandu oleh si suami melainkan anda mempunyai isteri yang jenis tidak kisah. Perkara kedua yang menangkap saya ialah bunyi peredam ekzos. Memandangkan saya bukanlah penggemar bunyi ekzos riuh sekampung maka nota bunyi bass sederhana yang dikeluarkan oleh peredam ekzos Impul Blast II sudah memadai.
Pada awal pengenalan Grand Livina ramai yang mengeluh tentang warna ruang dalamannya yang berwarna cerah. Memandangkan model itu disasarkan untuk golongan berkeluarga jadi agak tidak logik menggunakan skema warna yang kesan kotornya sangat signifikan untuk dilihat. Daripada perspektif pereka pula, warna cerah memberi efek luas dan mewah dan walaupun begitu Nissan dilihat mendengar maklum balas pengguna dan langsung menukar tema warna model facelift kepada warna gelap. Walaupun suasana interior kini nampak lebih gelap dan kecil namun apa yang lebih penting ialah hasil ‘kerja seni’ anak-anak kecil tidak mudah kelihatan. Untuk ergonomik pula, butang-butang kawalan mudah dicapai cuma lebih menyenangkan jika dipasangkan set kawalan audio pada stereng yang sudah menjadi standard pada kebanyakan kereta sekarang ini. Kerusi pemandu dan penumpang depan dan barisan pula selesa walaupun dibalut hanya dengan fabrik. Cuma yang menjadi masalah ialah kerusi pemandu dan penumpang depan yang tidak dibekalkan dengan perehat lengan yang sepatutnya wajib ada untuk sebuah MPV.
Menguji pemanduan dan pengendalian adalah perkara yang paling saya gemari. Jurutera-jurutera Impul telah mengubah pakej sistem suspensi standard dan digantikan dengan set penyerap hentak dan spring Impul yang merendahkah Grand Livina sebanyak 25mm. Melengkapkan pengubahsuaian ringan tersebut ialah roda aluminium Impul Aura SX-10 bersaiz 17 inci yang diimport dari Jepun. Roda-roda tersebut dipadankan dengan tayar Goodyear Eagle F1 GSD3 bersaiz 205/45 R17. Pakej suspensi dan tayar tersebut berjaya mengubah karakter pemanduan Grand Livina dari rasa stereng yang ringan kepada lebih ideal sewaktu kelajuan tinggi. Set suspensi dan spring pula banyak membantu dalam dinamik pemanduan di mana MPV tersebut tidak rasa terapung-apung pada kelajuan tinggi dan kurang olengan menjadikan pemandu lebih yakin untuk mengambil selekoh. Kuasa yang dibekalkan oleh enjin HR16DE pula secukup rasa, cuma untuk mengekstrak kuasa yang lebih, pemandu harus rajin bermain pedal minyak supaya puncak kuasa dilontarkan dari satu gear ke satu gear dan dibantu pula oleh bunyi peredam ekzos menjadikan pengalaman tersebut suatu nikmat yang mengasyikkan. Cuma untuk ‘blip’ pedal responnya kurang terasa dengan lengahan tindak balas yang mungkin dipengaruhi oleh teknologi Drive-by-Wire.
Secara kesimpulannya, pakej talaan Impul pada Grand Livina ini boleh dikatakan bergerak dengan harmoni. Kesemuanya berjalan dengan sempurna dan saya fikir Jurutera yang terlibat di dalam projek ini berjaya mencapai keseimbangan di antara kenderaan keluarga dengan prestasi. Walaupun sporty tetapi masih ada sifat kekeluargaan dan sebaliknya. Cuma apa yang saya mahukan ialah sedikit sahaja lagi kuasa dari enjin untuk rasa yang lebih bertenaga. Mungkin Grand Livina 1.8 dengan CVTC adalah jawapannya. Apa yang saya nampak ialah Grand Livina talaan Impul amat sesuai sekali untuk mereka yang mempunyai konflik dalam membuat keputusan iaitu mereka yang memerlukan kenderaan keluarga dan pada masa yang sama sukakan prestasi dan imej sporty. Rasional tersebut mudah untuk saya fahami.
Sumber

Perbezaan Nissan Grand Livina Baru 2013

Saya akan berikan apa penambahbaikan pada Nissan Grand Livina baru 2013 ini. Sila rujuk pada gambar di bawah untuk perbezaannya.













sumber nissan.com.my